Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK)    
 
Aduan/Maklum Balas Baharu   Aduan/Maklum Balas Baharu Semak Aduan/Maklum Balas   Semak Aduan/Maklum Balas Log Masuk Pelanggan   Log Masuk Pelanggan
  Daftar Baharu
Laman Utama| FAQ| Peta Laman| Pegawai Daftar Masuk   Saya ingin menggunakan English | B.Malaysia    
Mengenai Kami
Pada tahun 1972, Kementerian Perusahaan Utama (KPU) telah diwujudkan untuk memajukan industri komoditi negara yang berupaya memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negara. 

Pada peringkat awal penubuhannya, KPU hanya memberi tumpuan kepada pembangunan dua komoditi utama iaitu bijih timah dan getah. Peranan KPU kemudiannya telah dikembangkan meliputi pembangunan komoditi lain seperti kelapa sawit, koko, perhutanan dan kayu-kayan, mineral, nenas serta tembakau yang didapati turut memberi sumbangan kepada ekonomi negara. 

Pada tahun 2004, KPU telah distrukturkan semula dan dikenali sebagai Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK).  Penstrukturan semula ini melibatkan perubahan bidang tanggungjawab, dimana Jemaah Pemasaran Lada Hitam (JPLH) dipindahkan daripada Kementerian Pertanian kepada KPPK manakala tanggungjawab berkaitan perhutanan, mineral dan geosains dipindahkan ke Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Tanggungjawab utama lain kementerian masih dikekalkan.

Pada tahun 2012, KPPK telah melakukan penjenamaan semula ke atas singkatan nama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan dikenali sebagai MPIC. Pada tahun 2018, MPIC telah melakukan penjenamaan semula nama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) kepada Kementerian Industri Utama (MPI). Pada tahun 2020, MPI telah dinamakan semula kepada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC). Pada Disember 2022, MPIC  telah melakukan penjenamaan semula nama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) kepada Kementerian Perladangan dan Komoditi.

Kementerian Perladangan dan Komoditi bertanggungjawab dalam prestasi sektor agrikomoditi dari pengeluaran, pemprosesan dan dari pembuatan sehingga ke pemasaran. Sektor ini telah berkembang dari pengeluaran dan pengeksportan bahan mentah kepada penghasilan produk separa proses, produk yang telah diproses dan produk akhir, seterusnya menjana lebih banyak produk bernilai tambah dalam memenuhi permintaan global yang semakin meningkat. Subsektor agrikomoditi yang merangkumi minyak sawit, getah, kayu, koko, lada dan kenaf menjadi antara pemacu ekonomi negara yang turut menyumbang kepada pendapatan eksport, mewujudkan peluang pekerjaan dalam masa yang sama menjana pendapatan terutamanya kepada pekebun kecil. Enam agensi di bawah kementerian bergerak seiring dalam perkembangan sektor komoditi. Antaranya, Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Lembaga Getah Malaysia, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia, Lembaga Koko Malaysia, Lembaga Lada Malaysia dan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara. Lima majlis turut memainkan peranan penting dalam mempromosikan sektor agrikomoditi negara di peringkat tempatan dan juga antarabangsa. Antaranya Majlis Minyak Sawit Malaysia, Majlis Getah Malaysia, Majlis Kayu Kayan Malaysia, Majlis Pensijilan Kayu Malaysia dan Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia.
Penafian | Privasi & Polisi
Hak Cipta © 2014 Biro Pengaduan Awam
Recommended 1024 x 768. Internet Explorer 9 and above, Mozilla Firefox, Google Chrome.
Muat Turun Adobe Reader